Sunday, May 21, 2006

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba-tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya.
Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga.
Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang." Riwayat ini telah diriyawatkan oleh Luqman Hakim.

Cerita Pak Pandir 2

Cerita 1
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya. Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi lebuhraya berhampiran kampungnya. Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir. Diberitahu oleh Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual ke dalam traknya. Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah dan memberitahu pembeli tersebut.
Pandir : "Minta maaf En! Saya tak jadilah jualkan kepada En durian-durian ini."
Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!"
Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"
Pembeli : "???"
Cerita 2
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal di hulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk. Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis.
Polis : Awatnya tidoq bawah katil ?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.
Cerita 3
Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam besar. Itik liar banyak. Pandir cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan.
Pak Kadok nampak : "Kau buat apa?"
Jawab Pandir: "Aku cicah roti dengan sup itik"

Saturday, May 20, 2006

Hatiku Di Harajuku


Akum....aku baru abis baca novel terbaru Ramlee Awang Mursyid yang bertajuk Hatiku Di Harajuku. Dah lama tunggu akhirnya keluar jugak buku terbaru Ramlee ni. Best jugak cerita ni...boleh mengetahui tentang Samurai. Sapa yang minat cerita triller boleh la baca....Apa2 pun selamat membaca....byeeee
Sinopsis :
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut. Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe ? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu ? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Sunday, May 14, 2006

Balik Ke Rumah





Akum.....bertemu lagi di ruangan niii. Setelah lebih 5 bulan berada di bumi Sarawak, akhirnya aku pulang jua ke Kelantan. Best gila..hahahaha....Tapi pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah tido di airport LCC semalam. Dah la aku dok sorang je x de kawan, punya la boring. Nasib baik ada radio kat telefon aku boleh jugak dok lepas tension. Ni pulak masa nak tido..kerusi kat airport tu macam sekolah tadika punya kerusi je. Buat sakit badan je kalu tido atas tu...Punya la low class..jadi aku tido jelah atas lantai 2 berlapitkan selimut..Punya la sejuk. Malu pun ada gak tapi sebab ramai yang tido atas lantai jugak, aku pun lega la. Tapi sakit belakang la tido atas lantai dah 2 sejuk gila....

Monday, May 08, 2006

Bosan Tunggu Exam MUET

Tinggal 2 hari lagi exam speaking MUET ni...punya la lama menunggu. Malam ni dok praktik speaking dengan kawan2..kelakar la jugak. Bosan betul dok kat blok sebab komputer dah antar balik kat umah, ni pun guna komputer roomate..2 pun x de speaker. Bosannnnnnnnya.......

Wednesday, May 03, 2006

Sajak

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Oleh Usman Awang

Tuesday, May 02, 2006

Kisah Teladan


Nabi Adam Diusir Dari Syurga

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalammasjid sebelum azan lagi.

Kala Jengking Neraka

"Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama : Orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua : Orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga : Orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat : Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima : Orang yang suka minum arak.

Jamuan Rumah Tuan Haji


Semalam dapat makan free lagi...ni pulak pensyarah yang belanja. Sapa lagi kalu x kedekut duit..Tuan Haji la. Lepas makan malam...Sedap jugak budak pompuan kelas aku masak..Tapi yang x boleh dilupa adalah kejadian telipon masuk dalam gulai sotong..maklum la dapat sms bundle jadi asyik dok sms sampai nak ambil lauk pun x senang. Jadik tercampak la telipon ke dalam gulai 2. Punya la sedih, nasib baik telipon x terus rosak. Sapa tuan punya telipon, haha 2 x leh kasi tau. Hanya orang di majlis 2 je yang boleh tahu..hahahahaha........byeeeeeeeeee

Monday, May 01, 2006

Cerita Pak Pandir


Cerita 1

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang.....
Mak Andih : Oiii Bapaknya macam mana nak siang ini ?
Pak Pandir : Apa yang susahnya Mak Andih ?
Mak Andih : Nak ketuk kepala ikan sadis pulak.
Pak Pandir : Tu pun nak dikecohkan maknya, rendam saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Sekejap lagi mati la tu.
Mak Andih : ????????

Cerita 2

Satu hari kecoh Pak Pandir memanggil wartawan datang ke rumah dia. Bila wartawan-wartawan sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe. Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakannya kat sini...dengan apa Pak Pandir tandakan ? Tanya wartawan....dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir

Cerita 3

Al-Kisahnya...hebohlah satu kampung. Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dalam pagi di Era, walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi Pak Pandir..itu sudah cukup mengembirakanya. Dipendekkan cerita, hari dijanji telah tiba..Pak Pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..Pak Pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. Pak Pandir terus ambik tempat sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari nampak Pak Pandir duduk kat kerusi bisnes class.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes class hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur. "Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.. "eh.. bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.." *mana tak selesanya.. bisnes class.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti.. sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik? "ya nak..."tapi pak cik.. kerusi ni pi Johor Bahru pakcik. kerusi belakang baru pi KL ! Ya ker nak.. nasib baiklah nak bagitau....."