Sunday, May 21, 2006

Cerita Pak Pandir 2

Cerita 1
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya. Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi lebuhraya berhampiran kampungnya. Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir. Diberitahu oleh Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual ke dalam traknya. Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah dan memberitahu pembeli tersebut.
Pandir : "Minta maaf En! Saya tak jadilah jualkan kepada En durian-durian ini."
Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!"
Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"
Pembeli : "???"
Cerita 2
Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal di hulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. Pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk. Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis.
Polis : Awatnya tidoq bawah katil ?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.
Cerita 3
Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam besar. Itik liar banyak. Pandir cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan.
Pak Kadok nampak : "Kau buat apa?"
Jawab Pandir: "Aku cicah roti dengan sup itik"

No comments: